MULIA DAN HEBATNYA WANITA
Banyak yang tidak tahu bahwa ada beberapa pekara yang telah terkait
dalam hadis yang mengisahkan perbedaan darajat kaum wanita dan lelaki.
Perbedaan-perbedaan ini yang menaikan darajat kaum wanita.
Ciri- ciri tersebut diuraikan di bawah ini :
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan
hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa
orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang
perempuan mengandung janin dlm rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000
kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila
seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkanya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,
maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan
ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darajatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya
dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih
dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
10. Perempuan apabila
sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya
serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja
yang dikehendaki.
11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12.Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,”Suaminya.” “Siapa pula
berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.
13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara,
malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana?
mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu
berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat.
Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.
0 komentar:
Posting Komentar